Notis ini menerangkan bagaimana data peribadi diproses apabila sekolah menggunakan SMART-TADBIR. Bagi data yang dimuat naik oleh sekolah, pihak sekolah menentukan tujuan penggunaan data tersebut dan SMART-TADBIR memprosesnya untuk menyediakan fungsi sistem. Bagi maklumat akaun dan hubungan yang dikumpul terus oleh pengendali, data digunakan untuk pendaftaran, keselamatan, sokongan dan pengurusan perkhidmatan.
Maklumat sekolah dan PIC; data guru seperti nama, ID, maklumat perkhidmatan dan tugasan; data murid seperti nama, ID, nombor pengenalan jika dimasukkan, ID DELIMa, jantina, agama, kelas dan kokurikulum; serta rekod jadual, MMI, guru ganti, laporan, log keselamatan dan data lain yang sekolah pilih untuk masukkan.
Untuk menyediakan fungsi pengurusan sekolah, menjana paparan/laporan, menyambungkan data antara modul, mengesan ralat data, memberi sokongan, menjaga keselamatan dan memenuhi kewajipan undang-undang yang terpakai. SMART-TADBIR tidak menjual data peribadi sekolah untuk pengiklanan.
Data hanya boleh dikendalikan oleh pihak yang diperlukan untuk operasi teknikal seperti penyedia hosting/infrastruktur atau apabila diwajibkan undang-undang. Sekolah bertanggungjawab memastikan penggunaannya dan sebarang penzahiran data adalah bagi tujuan yang dibenarkan.
SMART-TADBIR menggunakan pengasingan data mengikut sekolah, kawalan sesi, hash credential, perlindungan CSRF, rate limiting, log audit, validasi upload dan header keselamatan. Data hendaklah disimpan hanya selama diperlukan untuk tujuan sekolah dan hendaklah dibetulkan jika tidak tepat atau tidak lagi terkini.
Permintaan akses, pembetulan, pemadaman atau pertanyaan berkaitan data hendaklah disalurkan kepada pihak sekolah yang mengurus data tersebut. SMART-TADBIR menyediakan Pusat Privasi untuk sekolah merekod dan mengurus permintaan tersebut.
Sekolah mempunyai alat rekod insiden dalam Pusat Privasi. Jika berlaku pelanggaran data, pihak berkaitan perlu menilai kewajipan pemberitahuan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan subjek data mengikut Akta 709 serta garis panduan semasa.
SMART-TADBIR
Gunakan saluran sokongan rasmi SMART-TADBIR yang diberikan semasa pendaftaran/pembelian.